Monday, 25 August 2014

Mencari Budget Premium Insuran Murah?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Insuran Mahal ? 


Mahal ke? RM4 sehari untuk manfaat hospital RM50,000 setahun. Kita breakfast pun dah RM5 sehari kan? Apa salahnya kita menyimpan sedikit dalam bentuk premium. Dapatkan Kelegaan kewangan sekiranya kita memerlukan. Mana la tau bila kita di timpa musibah. siapa nak tolong kita? 


Entry kali ni saya buat kira-kira ringkas nilai premium insuran semestinya dari Prudential yang perlu di bayar dan apakah yang terkandung dalam polisi.


Basic Insuran yang di tawarkan oleh Prudential terbahagi kepada 3 iaitu :-


1. PRUmy Child     - Untuk kanak-kanak Berumur antara 1-17 tahun. 

2. PRUlife Ready   - Untuk Remaja/Dewasa yang berumur antara 18-25 Tahun
3. PRUlink One     - Berusia lebih 26 Tahun. 

Carta di bawah saya bahagikan 3 bahagian mengikut peringkat umur. Saya menggunakan contoh umur 9 tahun untuk PRUmy Child, umur 21 tahun Untuk PRUlifeReady dan umur 35 tahun untuk PRUlink One. Boleh la buat kira-kira tengok anda usia berapa boleh la start mencongak berapa kadar premium sebulan. Dah tau cepat-cepat contact saya 017-4478721 (call/sms/whatapps). saya sedia membantu memberikan penerangan lanjut.




Jangan lupa ya. Contact saya.. 




see yaaa....


Sunday, 24 August 2014

Perlu atau tidak Medical Card Prudential kalau kompeni dah Cover?

Ramai yang ambil remeh tentang hal ini. kenapa... Bro.. Medical card dah ada bro?.. Dah ada la..... kompeni dah cover medical... kannn

Persoalan...
So perlu atau tidak ada Medical Card Prudential atau Prudential BSN Takaful?

Saya kata....
Perlu. Lagi awal lagi bagus. Sebelum sakit better apply. kalau dah sakit dah tak boleh apply. 

Pembiayaan
Sebagai ejen, kerap kali soalan ni di tanya. Bro.. boleh ejas Medical Card tak.. saya pegi check doctor, dia bgtau ada batu karang. kos rawatan RM40K. kompeni cover RM30K saja.. kalau bro boleh tolong saya nak ambik polisi.. berapa sebulan pun tak kisah?  
haa.. bila jadi macam ni.. saya kalau boleh nak tolong tapi.. pihak Prudential akan tolak proposal saya...  

Jangka hayat polisi
Kompeni cover sampai pencen je, After pencen sekiranya perlu admit Hospital, Medical card compeni dah tak boleh pakai. time tu kalau baru nak apply memang premium agak mahal. tu kalau tak sakit.. kalau dah dah sakit.. lagi susah nak apply. Masa ni nak mintak kadar premium yang murah memang susah la.. ejen siang malam duk tekan calculator usaha juga nak tolong mangsa keadaan. 


Jaminan Kewangan
Sekiranga pada umur 40 tahun, Kita menghadapi Lumpuh atau hilang upaya untuk berkerja. Agak-agak la Kompeni nak terima kita lagi dak? Pelan-Pelan dia kaih kita kan? Sebab kita tak ada value untuk kompeni. kalau kena warded masa kita dah di terminate dari kilang... nak pakai medicard apa? kompeni tak provided medical untuk 'bekas' pekerja.. 

Tabungan
Prudential juga menyediakan tabungan untuk masa depan. sejumlah premium akan di laburkan di sykt2 kewangan untuk di urusniagakan. hasil dari keuntungan akan di masukan ke dalam akaun anda dan boleh di tunaikan bila-bila sahaja.

Macam ni la.. Medical ni perlu untuk risk planning. Ini bermakna, risk tu kita pindahkan kepada medical card dari segi risiko kewangan kita di masa kecemasan. 

Sediakan Payung Sebelum Hujan

Bukan kita minta sakit tapi malang tidak berbau. jadi Jangan teragak-agak untuk dapatkan polisi anda di masa anda sihat. Kalau di Singapore, seorang rakyat mesti ada satu polisi untuk dirinya. Mereka tau keperluan perubatan di masa depan. kenapa kita tidak di Malaysia?



Hubungi Saya 0174478721 (call/sms/whatapps) untuk keterangan lanjut. saya sedia berkongsi dengan anda dan sanggup melegakan kewangan anda di masa depan. 


Monday, 18 August 2014

Prudential Health Enriched Murah dan Jimat

Bismilahirahmanirahim...

Petang ini saya nak berkongsi plan terbaru Prudential iaitu Plan Takaful Health Enriched. 

Apa benda tu... ? errmm

Health Enriched ni adalah produk terbaru Prudential yang merangkumi pakej iaitu


  1. vital
  2. select
  3. advanced
  4. premier. 


Pakej vital adalah utk client yang nak berjimat tapi still nak ada medical card. 
Pakej select adalah untuk client yang mempunyai kemampuan sederhana untuk mempunyai medical card. 
Pakej advanced adalah untuk client yang ada bajet lebih dan nak dapat keistimewaan.
Pakej premier utk sesiapa nak sangat-sangat dapat layanan istimewa. Boleh masuk sini kalau nak tahu sedikit pasal Health Enriched.

Carta di bawah bolehlah tengok2 kalau dah berkenan di hati jangan malu jangan segan call atau whatapp saya 017-4478721. Insya Allah saya cuba terangkan secara detaill. Boleh berkira-kira dengan budget anda. takat mana kemampuan. call saya ok.. ;)




Kebaikan Insuran Prudential & Prudential BSN Takaful

Semua orang masih tak berapa nak pasti apakah kebaikan mengambil insurans ni. Saya pun dulu-dulu macam tu la gak tapi bila dah start jadi agen and dengar + dapat training dari leader  baru saya tahu betapa pentingnya mengambil insurans di waktu muda.

Sebenarnya banyak kebaikan yang boleh kita dapat dengan mengambil personal insurans ni. Takaful Prudential BSN bukan setakat cover medical sahaja malah mengajar kita macammana nak menguruskan kewangan sendiri. Selain itu, kita boleh buat donation sekali sebab takaful prudential BSN ni berlandaskan syariah dan tabaru'. Disamping kita buat insurans, kita boleh melabur, buat saving secara tak langsung kita boleh menderma... Tak ke itu satu pendekatan yang bagus? 


Kenapa perlu amik Takaful Prudential BSN?
1) Takaful tidak mempunyai riba dan medical benefit dia memang banyak. 
Lagi banyak jumlah plan yang kita amik, lagi banyak benefit yang kita boleh dapat. Prudential Takaful membantu kawan-kawan yang mengalami kesusahan untuk mendapat benefit itu. 

2) Client boleh mendapat bonus sekiranya tidak claim apa-apa selama setahun.
Sekiranya kawan-kawan tidak claim apa-apa dalam masa setahun, kebaikan yang boleh kawan2 terima adalah menerima bonus dari prudential sendiri sebanyak mana jumlah yang telah anda invest selama sebulan. Buat masa ini belum ada lagi insurans yang sanggup memberi bonus kepada pelanggannya sendiri. Sebab itu dikatakan prudential takaful BSN ni mempunyai keunikan dan keistimewaannya tersendiri.

3) Membantu kepada pasangan yang sudah berkahwin untuk mendapatkan plan pendidikan anak-anak mereka.
Kepada pasangan yang mempunyai anak, adalah lebih baik mengambil plan takaful yang cover medical + pendidikan anak-anak. Kenapa? Kerana kita tidak tahu apa akan jadi pada masa hadapan. Zaman sekarang ni begitu banyak peluang belajar yang telah dilaksanakan oleh kerajaan untuk melahirkan generasi yang berintelek dan berpengetahuan di dalam pelbagai bidang. Namun salah satu sebab kenapa ramai kanak-kanak atau remaja yang tidak mampu untuk menyambung pelajaran adalah disebabkan kerana kos pembelajaran yang semakin meningkat. Walaupun mempunyai banyak agensi-agensi yang boleh memberikan loan kepada pelajar tetapi interest yang tinggi boleh menyusahkan para pelajar yang baru grad untuk melangsaikan hutang mereka. Jadi, dari sekarang la kita perlu menyimpan untuk masa depan anak-anak kita. Nanti bila dah sampai jangka masa umur, duit simpanan pendidikan itu boleh digunakan untuk keperluan mereka. Tak perlu membuat pinjaman yang kemungkinan besar sukar untuk melunaskannya.

4) Melunaskan hutang-hutang sekiranya kita meninggal dunia
Dalam Islam, konsep hutang adalah penting. Kenapa? Yelah, sekiranya kalau ajal telah sampai dan terlampau banyak hutang-hutang yang belum dapat kita langsaikan, takaful sedia membantu untuk menjelaskan hutang2 yang sedia ada mengikut kepada berapa jumlah yang ada dengan memberikannya kepada pewaris anda. Adakah itu lebih baik? Kalau kita simpan duit di bank, andaikata kita meninggal dunia dan pihak bank mendapat tahu mengenai kematian kita, secara automatik duit di dalam bank tersebut akan dibekukan.. last-last duit simpanan itu di donatekan kepada orang lain tanpa waris kita tidak mendapat sedikit benefit sekalipun. Tak ke haru? Sekiranya kita menyimpan di dalam takaful, at least ada orang yang boleh membantu untuk menguruskan semuanya. 

5) Membantu orang kehilangan upaya kekal yang disebabkan kemalangan untuk meneruskan kehidupan
Kalau sekarang, kita banyak mendapat medical benefit dari kompeni kita sendiri. Itupun sebab kita masih bekerja di bawah kompeni tersebut. Tapi tidakkah kita terfikir sekiranya kita sakit atau lumpuh disebabkan kemalangan, dalam masa yang sama khidmat kita ditamatkan.. macam mana kita nak meneruskan hidup? Mungkin ada duit hasil dari khidmat sebelum ini tapi mampukah kita bertahan? Sebab itu kena ada insurans kita sendiri. Kenapa kena ambil Insurans Takaful Prudential BSN? Sebab kalau nak dicomparekan dengan insurans yang lain, sekiranya mengalami apa-apa pada kita (lumpuh kekal / lumpuh separa kekal).. dan kita tak mampu untuk membayar insurans bulanan, takaful BSN prihatin untuk membantu membayar insurans bulanan sehingga umur client tersebut 80 tahun (kira FREE la). Tidak ada lagi insurans diluar sana yang sanggup membayarkan insurans clientnya sekiranya terjadi perkara sedemikian. Kalau berlaku sebegini, mereka hanya akan bayar lumpsum jumlah yang terkumpul dan menamatkan perkhidmatan kepada client tersebut tapi tidak pada Takaful Prudential BSN.

Sebenarnya banyak lagi benefit yang boleh saya utarakan dekat sini tapi mungkin cukup untuk memberi pengetahuan kepada kawan-kawan betapa pentingnya mengambil insurans kita. Memang duit tidak mencukupi untuk melabur tapi sekiranya kita pandai menguruskan kewangan kita insya'allah boleh. 


Bukan niat untuk memaksa, tapi niat untuk membantu kawan-kawan. Hargailah diri kita, sayangilah family kita. Kalau kita sakit ataupun meninggal dunia sekurang-kurangnya kita dapat mengurangkan beban family kita untuk menguruskan diri kita selepas ini.. itu yang paling penting.